Tuesday, September 18, 2012

Rindu...

Di madinah.. 1 ramadhan 1434.. (2012)Alhamdulillah... gambar ini di ambil di muzium di madinah.. sesiapa yang menziarahi madinah amat di galakkan untuk melawat muzium ini..banyak sejarah -sejarah pemerintahan dari sahabat nabi hingga lah ke zaman khalifah akhir...



Bersama sahabat baik...

 
4 sahabat di madinah... semoga pertalian persahabatan kita berkekalan...mudah-mudahan..




Saturday, September 15, 2012

DEMAM

Assalamualaikum... terpanggil rasanya untuk berkongsi info,bagaimana merawat anak demam.

Bagaimana merawat anak sakit ketika demam..

demam..
  1. longgarkan pakaian anak...seelok2 nya biarkan anak kecil tidak berbaju @ hanya memakai diaper. ( untuk menggalakkan pengudaraan sekaligus membantu menurunkan suhu badan- suhu yang terlalu tinggi boleh menyebabkan anak mendapat sawan)
  2. selalu jaram kepala anak,bahagian ketiak dan badan dengan air (cold sponge).
  3. pastikan anak mengambil ubat demam selang 6 jam 
  4.  jika demam berterusan segera bawa anak ke klinik kanak-kanak (peads) bukan klinik biasa kerana klinik kanak-kanak;doktor tersebut lebih arif dengan masalah anak.
  5. kerap beri cecair seperti susu@ air kerana anak yang demam mudah kekurangan air(dehydrate) semasa demam.
  6. jika tanda dan gejala seperti ini timbul;segera bawa anak ke hospital;
  • kulit dan mata berwarna kuning
  • diarrhea @ cirit-birit melebihi 4 kali (kanak2 bawah umur 4 tahun)-kerana kegagalan ginjal boleh berlaku jika cirit birit terlalu kerap.
  • hilang kesedaran diri-sebagai contoh anak tidak sedarkan diri,walaupun dicubit anak tidak menangis.
  • corak pernafasan berubah dimana anak bernafas laju, setiap kali anak menarik nafas nampak garisan tulang pada tulang rangka 
  •  bibir dan kuku berwarna pucat@biru.
  • najis anak yang tidak normal dan perlu segera rawatan hospital; najis seperti air(tiada ketulan langsung),najis berwarna hijau,najis berwarna putih pucat dan najis berdarah.
langkah2 pencegahan2:
  1. tukar botol anak setiap 3 bulan.
  2. basuh bersih botol anak dan rebus botol setiap minggu. jika ada alat untuk sterile kan botol lagi bagus.
  3. jika beli telur-basuh telur dengan bersih dan seelok2nya dengan sabun bagi mengelakkan kuman salmonella sp melekat pada telur..(kuman salmonella sp biasanya berada pada najis burung- jika anda suka memelihara burung,disyorkan untuk berhenti.)
  4. sentiasa galakkan anak makan makanan berkhasiat.dan kurangkan pengambilan makanan ringan.
  5. sentiasa jaga kebersihan rumah,pakaian dan pemakanan.
p/s:psssst...psssttttt.... 14/9/2012- tahun ke 7 bekerja di peadiatric icu- unit rawatan rapi kanak2.. semoga anak2 kita selalu sihat walaafiat dan pembaca dapat mengambil ilmu di atas..



             

Wednesday, September 12, 2012

SOMBONG

Assalamualaikum...

mari kita berkongsi ilmu dan jauhkan sifat kesombongan dalam diri kita..

SURAH YASIIN AYAT 8(TERJEMAHAN)
 
'Sesungguhnya kami jadikan (kesombongan dan keengganan mereka tunduk kepada kebenaran sebagai) belenggu yang memberkas kedua tangan mereka ke batang leher mereka; lebarnya belenggu itu ) sampai menongkat dagu mereka lalu menjadikan mereka terdongak...'
 
saya pun bukanlah pandai sangat tapi sama-sam ingin berkongsi sepotong ayat dari Alquran untuk menjadi renungan kita bersama... Bayangkan oraang yang sombong itu jalannya mendongak sedangkan kedua tangan nya sedang memegang lehernya sendiri...Nauzubillah... Allahu akbar...
 
p/s: it's good to have knowledge and being a knowledgeable person but a great person should always be humble and put the head down..